Wednesday, July 26, 2006

PROFIL PENERBIT HARUBIRU
Adlin Aman Ramlie, 34 adalah seorang penggiat seni yang aktif di dalam pelbagai bidang seni; lakonan teater, tv dan filem, penulis skrip dan lirik, pengarah teater, penyampai program tv, pengkritik persembahan dan kini mula berjinak-jinak ke dalam dunia pengarahan dan penerbitan drama dan filem.
Beliau yang sudah mula menceburi industri seni dinegara ini semenjak 1990 pernah berkhidmat sebagai Artis Budaya di Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia dari 1990-1994 sebelum melanjutkan pengajian diploma di Jabatan Teater, Akademi Seni Kebangsaan, Malaysia. Semenjak tahun 1996, beliau secara professional telah melibatkan dirinya dalam pelbagai produksi teater, drama dan filem selain bekerja dengan ramai tokoh-tokoh seni dalam bidang masing-masing. Meskipun pada awalnya beliau lebih cenderung kepada lakonan teater, nama kini nama beliau sedang terus berkembang sebagai personaliti yang aktif memainkan pelbagai peranan di dalam pelbagai cabang kesenian yang telah menjadi darah daging beliau.

LAKONAN TEATER

Uda dan Dara (muzikal oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu
Arahan Ahmad Yatim / Panggung Budaya

Itik Liar (terjemahan ‘Wild Duck’ oleh Hendrik Ibsen)
/ Pelakon Utama
arahan Ahmad Tarmimi Siregar / Panggung Budaya

Sang Oedipus (adaptasi ‘Oedipus Rex’ oleh ) / Pelakon Utama
arahan Zahim AlBakri / Akademi Seni Kebangsaan

Work – The Malaysia Ways (naskhah kolaborasi) / Pelakon Utama
arahan Krishen Jit / Five Arts Centre

Bakai (adaptasi ‘Bacche’ oleh Euripides ) / Pelakon Utama
arahan UWei HjSaari / Dewan Bandaraya KL

Storyteller (muzikal oleh Jit Murad) / Pelakon Pembantu
arahan Krishen Jit, Joe Hasham / Actors Studio

Uda dan Dara (opera oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu
arahan Krishen Jit, Joe Hasham / Actors Studio

Manchester United & The Malay Warrior (oleh Romy)
/Pelakon Utama
Arahan Krishen Jit / Five Arts Centre

Alang Rentak Seribu (karya Syed Alwi) / Pelakon Utama
arahan Ahmad Yatim / Istana Budaya

Puteri Gunung Ledang (muzikal oleh Adlin, Teong Hin, Zahim)
/ Pelakon Pembantu
Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim AlBakri / Enfiniti Production

PENULISAN & PENGARAHAN TEATER

TEATER Taman Baginda (muzikal kanak-kanak)
Penulis, Pengarah / KKKP Malaysia

SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEMERDEKAAN ‘97
Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU ‘98
Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia

TEATER The Importance Of Being Earnest (oleh Oscar Wilde)
Pengarah / Actors Studio

MUZIKAL Puteri Gunung Ledang (muzikal)
Penulis Skrip Bersama, Penulis Lirik, Pengarah Bersama

LAKONAN FILEM

Jogho (oleh Uwei HjSaari) / Pelakon Pembantu
Arahan Uwei HjSaari / Satu Gitu

Paloh (oleh AlJafri) / Pelakon Pembantu
Arahan Adman Salleh / FINAS

Gangster (oleh Bade Hj Azmi) / Pelakon Pembantu
Arahan Bade Hj Azmi / Tayangan Unggul

Buai Laju-Laju (oleh UWei HjSaari) Pelakon Pembantu
Arahan Uwei HjSaari / Gambar Tanah Licin

Puteri Gunung Ledang (oleh TeongHin, Mamat Khalid)
/ Pelakon Pembantu
Arahan Saw Teong Hin / Enfiniti Production

Buli Balik (oleh Afdlin Shauki) / Pelakon Pembantu
Arahan Afdlin Shauki / Tayangan Unggul

Gubra (oleh Yasmin Ahmad) / Pelakon Utama
Arahan Yasmin Ahmad / Chillie Pepper Production

Tipah Tertipu (oleh Mamat Khalid) / Pelakon Pembantu
Arahan Ahmad Idham / Excellent Pictures

Misi 1511 (oleh Young Juwahir) / Pelakon Undangan
Arahan Young Juwahir / xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bilut (oleh Bade Hj Azmi) / Pelakon Pembantu
Arahan Bade Hj Azmi

Susuk (oleh Naim Ghalili, Amir Mohd) / Pelakon Pembantu
Arahan Naim Ghalili, Amir Mohd / Grand Brilliance

Los dan Faun (oleh Afdlin Shauki) / Pelakon Utama
Arahan Afdlin Shauki / Vision Work Production

DALAM PEMBIKINAN
Dukun (oleh Huzir Sulaiman) / Pelakon Undangan
Arahan Dain / AstroShaw

Anak-Anak Sidek (oleh Raja Azmi) / Pelakon Utama
Arahan Shahdan Hashim / Pengedaran JAS

KOMERSIL TV / IKLAN

IKLAN BUDI BAHASA (FILEM) / Lelaki LRT
arahan Yasmin Ahmad / KEKKWA

IKLAN PENJIMATAN AIR (VIDEO) / Pegawai Penguatkuasa Bekalan Air
arahan penerbit RTM / RTM

IKLAN BUDI BAHASA (POSTER/BANNER)
Lelaki Senyum Mesra, KEKKWA


PENAMPILAN TV

RAHSIA (Drama Episod)
arahan Adman Salleh / TV3

15 PUASA (Telemovie)
arahan mamat Khalid / NTV7

WAKENABEB (TV Programme)
arahan NTV7 / NTV7

AKADEMI FANTASI 3 / Pengkritik Undangan
ASTRO

AKADEMI FANTASI 4 / Pengkritik Tetap
ASTRO
HARUBIRU adalah sebuah filem yang dihasilkan oleh kumpulan karyawan muda yang cuba mengenengahkan subjek dan sudut pandangan karya yang lebih segar selain membawa pernyataan-pernyataan yang tersendiri. Ia lantas mempengaruhi teknik bercerita dan gaya persembahan yang memberi nafas baru dalam pelbagai aspek perfileman.

HARUBIRU adalah sebuah filem yang secara terbuka dan berani mengenengahkan isu-isu sosial remaja masakini. Menerusi isu seks- dadah, glamour, skandalisme dan sindiket yang selalu dianggap kontroversial dan berlatarbelakangkan kehidupan urban di KL, filem ini memaparkan kesan dan akibat yang mampu membawa pengajaran kepada para penonton menerusi lakonan hebat gabungan nama-nama penting dalam 2 generasi pelakon handalan di Malaysia seperti Que Haider, Eman Manan, Dynaz, Ijoy Azhari dan Betty Benafe.

HARUBIRU telah dipertontonkan secara eksklusif kepada beberapa nama besar / tokoh perfileman negara antaranya U Wei HjSaari, Adman Salleh, Bade Hj Azmi dan Mamat Khalid bagi menguji sejauhmana keberkesanannya sebagai sebuah karya filem. Secara keseluruhannya, mereka bersetuju untuk mengatakan bahawa filem ini memiliki keunikan dan kekuatannya yang tersendiri lantas mampu memberi impak kepada khalayak umum.

HARUBIRU berjaya diterbitkan menerusi ruang dan peluang yang diberikan oleh Syarikat Pengedaran JAS menerusi Puan Raja Azmi, selaku Eksekutif Producer

Monday, July 24, 2006


PARAGLIDING 16JULY'06 / PULAU INDAH - My Bebon Emelda dan aku with beberapa teman artis join our first outdoor attempt. We will be back !!!!

Sunday, July 23, 2006

GARRING tu nama band aku,
terdiri dari Ali;Vokalis&Komposer&PenulisLirik,
Babab;LeadGuitar,
Aku;Drummer,
Faizal;Bassist dan
Wan;2ndGuitar.
Grup ini belum 1 tahun penubuhannya tapi jaga2, kitorang dah ada material yang kitorang yakin dan boleh dibanggakan, kitorang dah setup studio latihan sendiri yang dirasmikan oleh bro RoslanAziz. Serius!!!

AKU

inilah aku adlin bin aman ramlie anak lelaki kepada almarhum ayahanda yang sering dikagumi oleh anak2 beliau sendiri; aman ramlie bin jaafar @ a.r. tompel (a.r = aman ramlie & tompel=gelar pentas yang diberikan kepadanya) seorang suku mandeling dari sumatera setelah beliau berkahwin dengan rominah bt sedik, ibunda tercinta yang kukuh jiwanya; seorang jawa dari kelang, selangor. adalah aku ini 2 beradik seibu-sebapa dengan kakanda azlan bin aman ramlie 2 tahun usianya lebih tua dari aku yang bongsu. ada pun sebenarnya almarhum telah berkahwin dengan seramai 4 orang isterinya yang lain sebelum bondaku menyandang akadnikah yang kenomor 5 dan pada hari almarhum meninggal dunia, tahulah bondaku bahawa yang ke6 pun ada rupa-rupanya. jatuhlah aku yang ke17 dari kesemua bala tentera almarhum yang terdahulu dan adindaku yang paling bongsu, terakhir kemudian. dari kesemua 18 yang terhimpun adalah juga pernah diriwayatkan orang tentang kakanda yang terlebih dahulu; sibadul dan siamran yang kuat berseloka saling tak tumpah almarhum ayahanda mereka berdua.
pernah dikhabarkan oleh waris2 bonda akan gilanya almarhum akan betis bonda yang masih dara hampir 7 tahun dipujanya ke sana-kemari hingga siempunya betis menyerah diri sebagai isteri. namun lebih hebat lagi tatkala almarhum membawa bonda yang baru dinikahi tinggal serumah dengan azizah isteri keempat almarhum yang semulajadi indah namun kuat perli. akan 2 isteri almarhum yang serumah kini, telah dikhabarkan saling memahami, silih berganti dan hormat menghormati. adapun cinta itu sesuatu yang sukar untuk ditafsir sifat dan kejadiannya, namun yang pasti telah terbitlah rasa kasih dan sayang yang murni dan diredhai oleh kedua nendaku akan ijabkabul yang diredhai Allah swt demi lahirnya aku pada petang tanggal 23Mei1972 disebuah klinik kerajaan di Telok Datuk dalam jajahan Banting, Selangor. Akan rahsia perjalanan hidup mati yang termaktub didalam wahyu Allah swt, tiadalah sesiapa yang dapat menduga akan perginya almarhum ke alam barzakh meninggalkan aku yang masih bayi mahupun adindaku diki yang masih didalam kandungan ibunya. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya, menempatkannya dikalangan hamba-hambaNya yang terpelihara.