Sunday, July 23, 2006

AKU

inilah aku adlin bin aman ramlie anak lelaki kepada almarhum ayahanda yang sering dikagumi oleh anak2 beliau sendiri; aman ramlie bin jaafar @ a.r. tompel (a.r = aman ramlie & tompel=gelar pentas yang diberikan kepadanya) seorang suku mandeling dari sumatera setelah beliau berkahwin dengan rominah bt sedik, ibunda tercinta yang kukuh jiwanya; seorang jawa dari kelang, selangor. adalah aku ini 2 beradik seibu-sebapa dengan kakanda azlan bin aman ramlie 2 tahun usianya lebih tua dari aku yang bongsu. ada pun sebenarnya almarhum telah berkahwin dengan seramai 4 orang isterinya yang lain sebelum bondaku menyandang akadnikah yang kenomor 5 dan pada hari almarhum meninggal dunia, tahulah bondaku bahawa yang ke6 pun ada rupa-rupanya. jatuhlah aku yang ke17 dari kesemua bala tentera almarhum yang terdahulu dan adindaku yang paling bongsu, terakhir kemudian. dari kesemua 18 yang terhimpun adalah juga pernah diriwayatkan orang tentang kakanda yang terlebih dahulu; sibadul dan siamran yang kuat berseloka saling tak tumpah almarhum ayahanda mereka berdua.
pernah dikhabarkan oleh waris2 bonda akan gilanya almarhum akan betis bonda yang masih dara hampir 7 tahun dipujanya ke sana-kemari hingga siempunya betis menyerah diri sebagai isteri. namun lebih hebat lagi tatkala almarhum membawa bonda yang baru dinikahi tinggal serumah dengan azizah isteri keempat almarhum yang semulajadi indah namun kuat perli. akan 2 isteri almarhum yang serumah kini, telah dikhabarkan saling memahami, silih berganti dan hormat menghormati. adapun cinta itu sesuatu yang sukar untuk ditafsir sifat dan kejadiannya, namun yang pasti telah terbitlah rasa kasih dan sayang yang murni dan diredhai oleh kedua nendaku akan ijabkabul yang diredhai Allah swt demi lahirnya aku pada petang tanggal 23Mei1972 disebuah klinik kerajaan di Telok Datuk dalam jajahan Banting, Selangor. Akan rahsia perjalanan hidup mati yang termaktub didalam wahyu Allah swt, tiadalah sesiapa yang dapat menduga akan perginya almarhum ke alam barzakh meninggalkan aku yang masih bayi mahupun adindaku diki yang masih didalam kandungan ibunya. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya, menempatkannya dikalangan hamba-hambaNya yang terpelihara.

1 Comments:

Blogger Azman said...

Lenggok bahasa yg indah... Penceritaan dgn gaya tersendiri...

6:07 AM  

Post a Comment

<< Home